|
Kursus Perancangan dan Pelaksanaan Fertigasi akan diadakan pada tarikh seperti di bawah. Kursus ini lebih kepada hands-on training yang akan memberi tumpuan lebih kepada praktikal tanpa meninggalkan teori. Kursus ini diolah agar diakhir kursus ini, peserta dapat melaksanakan projek tananam fertigasi secara berdikari tanpa atau dengan hanya sedikit bantuan dari pihak lain. Terima kasih atas sokongan dan juga maklum balas kepada kami dari semua pelayar web ini. MAKLUMAT KURSUS
| TARIKH DAN MASA | TEMPAT | CATATAN | 1. 26 SEPTEMBER 2010 (AHAD) 8.00 pagi - 5.00 petang | KEBUN PERTANIAN FERTIGASI
Jalan Dahlia, Off Jalan Mawar Sungai Ramal Dalam 43000 Kajang | Terhad kepada 10 peserta sahaja
|
YURAN KURSUS : RM200.00 (termasuk nota dengan kerjasama dari mycrops) Tempahan tempat untuk kursus boleh dibuat dengan membuat pembayaran sebanyak RM200 ke akaun spt berikut:
Sila maklumkan kepada saya melalui email atau SMS selepas pembayaran dibuat. Oleh kerana tempat adalah terhad kepada 10 peserta sahaja, keutamaan diberi kepada yang membuat bayaran awal. Peserta juga dinasihatkan memakai pakaian bersesuaian untuk kerja diladang terbuka seperti kemeja-T lengan panjang dan topi semasa kursus. ATUR CARA PROGRAM FERTIGASI | MASA | AGENDA | | 8.00 – 8.30 | - Pendaftaran peserta - Taklimat ringkas | | 8.30 –10.00 | - Pengenalan - Tanaman & Perlaksanaan Fertigasi | | 10.00 – 10.30 | - Minum pagi | | 10.30 – 1.00 | - Pemasangan Sistem Paip Fertigasi - Penyediaan stok baja | | 1.00 – 2.00 | - Makan tengahari - Solat zuhur | | 2.00 – 3.00 | - Penyemaian dan pemindahan anak benih | | 3.00 – 3.30 | - Minum petang | | 3.30 – 5.00 | - Penjagaan pokok & bersurai |
|