KEBUN PERTANIAN FERTIGASI
Jalan Dahlia off Jalan Mawar, Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor
019-3000818
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack

Beritahu kawan!

Sebarkan tentang my-fertigasi.com!

Log Masuk






Lost Password?
No account yet? Register
Tip Fertigasi PDF Print E-mail

 Sumber : Forum bicarajutawan.com

 
tips untuk jaga pokok dari kena serang thrip, aphid dan white flies

1.cara 1
  guna CONFIDOR (imidacloprid)
  buat larutan 1ml confidor untuk 1 liter air. siram 50ml larutan dipangkal bagi setiap pokok.

2.cara 2
  guna ACTARA (thiamethoxam)
  buat larutan 5gm actara dicampur dengan 10 liter air. siram 200ml di pangkal bagi setiap pokok.

cara diatas dilakukan selepas memindahkan anak pokok ke polybag/batas.
racun tersebut disiram pada waktu pagi dan diserap kedalam batang. serangga akan mati jika menghisap cecair dari pokok. kesan tersebut dapat bertahan selama 3-4 minggu.
sesuai untuk pokok berusia 2 bulan kebawah.

bagaimanapun cara diatas tidak berkesan untuk hamama (mites)

 

pastikan media dalam polybag tak terlalu lambab semasa musim hujan. pokok akan mati jika media terlalu lembab sebab akar rosak. pokok akan kelihatan seperti tak cukup air. daun layu dan kering  lepas tu tinggal ranting saja. kulat putih ada dipermukaan media

 

Bayercropscience
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it    
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it    012-2865799   laili

Syngenta
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
019-2395864  halim

 

tips untuk mengenali serangan serangga:

1.serangan kutu trips dan aphids
   daun muda kerinting dan  melengkung keatas.
   buah akan berkeruping

2. serangan hamama (mites)
    daun muda kerinting dan melengkung kebawah.

kedua-dua serangan akan meninggalkan virus yang akan menyebabkan pokok terencat dan sukar dikawal jika tidak dirawat dari awal. cara terbaik ialah buang pokok terlibat supaya tidak berjangkit ke pokok lain.
bakar pokok tersebut atau masukkan dalam bag plastik dan ikat ketat.
serangga tersebut tak boleh nampak dgn mata kasar. boleh dilihat jika guna kanta 10x atau 20x.

 

 

 

tips menyembur racun serangga/kulat:

1. nozzle yang perlu digunakan mestilah mengeluarkan kabus semburan yang halus. (macam penyembur nyamuk)

2.sembur keseluruhan daun atas dan bawah. kalu kulat mesti sembur sampai basah bhg yang kena serang.

3.waktu semburan yang baik adalah waktu senja sebab serangga datang waktu tu.

4.campur sedikit bahan pelekat agar racun tahan lama dan jika hujan turun racun boleh kekal di tempat semburan.

5.gunakan racun serangga/kulat yang sesuai mengikut jenis serangan.

6.racun perlu di tukar selepas 2-3 kali semburan untuk elak serangga/kulat rintang (tukar bahan aktif)

7.sembur seminggu sekali.

8.gunakan alat perlindungan diri semasa menyembur racun.

9.jangan sembur melawan arah angin.(jika ada angin).

saudara boleh melayari  http://www.ipmofalaska.com  untuk mengetahui lebih lanjut tentang aphids/thrip/spider mites.

 

 

tips untuk mengawal serangan lalat buah:

lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda. jika kena serangan, kerosakan boleh mencapai 60-80%
tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak buah tu dapat lihat larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk.
rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.

serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.
cara kawalan :kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.

cara buat perangkap:ambil botol air mineral dan potong buat tingkap. lebar 2 inci dan tinggi 1 inci.
campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung kat lawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.

atau:
dapatkan botol warna kuning terang. (minyak pelincir motor pun boleh). spray dengan NEOPACE (dalam bentuk semburan) pada permukaan botol kuning tu dan gantung pada kawasan pokok cili. lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam. guna warna kuning sebab serangga tertarik pada warna kuning.

 

tips merawat benih:
untuk mendapatkan anak pokok yang sihat dan kurang masalah benih boleh dirawat sebelum disemai.
masalah yang selalu dihadapi adalah lecuh anak benih.(pangkal anak pokok jadi lecuh dan terkulai.....mati)
rendam biji benih dalam air suam kuku dan campur dengan racun kulat(previcur/thiram/benomyl). boleh juga campur dengan hormon (atonik). tujuan direndam adalah agar kulat mati dan biji benih tu lembut sedikit dan senang bercambah. rendam dalam 5-6 jam/semalaman. toskan benih tu dan sedia untuk disemai.
medium semaian yang terbaik adalah peat moss. boleh guna cocopeat yang diambil serbuk halus sahaja dan perlu dicampur dengan baja fertigasi berkepekatan 1.2-1.5 EC (electric conductivity).jika guna cocopeat tanpa campur dengan baja fertigasi pokok lambat tumbuh sebab cocopeat tak ada baja.

kat Taiping holland peat dijual RM28 untuk satu bag 80 liter. 

 

tips merawat benih: sambungan

kadar pertumbuhan yang dijamin oleh pengeluar adalah sekurangnya 85%. jadi anda perlu semai lebih 25% dari jumlah yang anda rancang untuk tanam. ini adalalah untuk mengantikan anak benih yang :
-tak tumbuh
-mati semasa semaian
-pertumbuhan tak elok
-ganti anak benih yang mati selepas di pindahkan ke tapak tanaman.
-faktor2 lain.

guna benih hybrid F1. saya rasa semua benih yang dijual dipasaran adalah hybrid F1. ada orang yang tak tau /kedekut guna benih yang dikutip di pasar atau ambil biji sebelum buat masakan.
biji benih yang sedemekian tak menjanjikan pulangan yang memuaskan. walaupun kali pertama guna hybrid lepas tu ambil biji buat benih ,pokok yang dihasilkan tak akan sama dengan pokok asal.

 

 

 
< Prev   Next >
 
Joomla Templates by Joomlashack