|
Info hibrid cili merah Sumber- www.Bicarajutawan.com ( Projek tanam cili) MC 11 -Tinggi pokok 80-110 cm, -panjang buah 8-10 cm, 7-10g/biji MC 12 -Tinggi pokok 60-80 cm, -panjang buah 10-13 cm, 12 - 14 g/biji, hybrid F1 469 -180 biji sepokok -ketinggian pokok 35 cm hybrid 833 -ketinggian pokok 2- 6 kaki -55 biji berat utk 1 kg buah bagi sepokok s469 - amat pedas, bukan plastik, besar mencecah 20cm. -amat besar, maka ia kurang sesuai untuk tanaman secara komersial - kurang digemari pengguna. -1gm (140-150biji) 568 - kurang pedas, bukan plastik, rupa dan saiz = Kulai. Kulai tempatan -amat sesuai untuk tanaman secara komersial -lebih pedas dan mudah dihancurkan tidak liat mudah dibuat sos hybrid 568 -Buah pertama 40-90 biji (40-45 biji/kg) -setiap pkk leh menghasilkan 2-2.5 kg. -Tinggi pkk 4 kaki -buah kurang pedas -sambil berbuah sambil berpucuk @ berbunga.. -Pasaran tiada masalah langsung. Perbandingan Kulai Tempatan, Kulai 568, F1 469 - Kulai Tempatan pokoknya terlalu besar, 568 kecik, 469 sangat kecik - Kulai Tempatan bunga sangat mudah gugur, 568 gugur sikit, 469 sangat sukar gugur - Kulai Tempatan buahnya ringan, 568 dan 469 lebih berat 1.5 kali ganda kerana lebih besar dan lebih tebal - Kulai Tempatan sangat amat pedas, 568 tak pedas, 469 pedas. - Kulai Tempatan pemborong terima, 568 sangat diterima, 469 sukar diterima (bergantung kepada tempat) - Kulai Tempatan ada 60 biji pada bulan pertama, 568 80-120 biji, 469 80 biji. - Kulai Tempatan sangat mudah kena kerinting, 568 mudah, 469 sukar sikit, kalau kena pun kerinting peringkat pertama sahaja. - Kulai Tempatan langsung tak ada lalat buah kerana amat pedas, 568 dan 469 ada sedikit bergantung kepada tempat. * Oleh kerana Kulai Tempatan sangat besar maka ia tak dapat ditanam rapat-rapat maka hasil kurang, di samping itu air dan racun harus banyak sebab pokok besar, pancang pun kena kuat. * 469 amat sesuai bagi ‘penanam baru nak belajar’/'penanam amatur’ kerana ia amat mudah berbuah lebat dan besar (pada bulan pertama), bagaimanapun buahnya amat sukar diterima pasaran (bergantung kepada tempat) dan harganya juga lebih murah. * 568 sederhana mudah untuk dijaga, pokok yang kecil tapi buah yang lebat dan berat memungkinkan hasil yang tinggi di samping ia amat mudah diterima pasaran walaupun tak pedas. Kos operasi/kos bulanan/kos tidak tetap yang meliputi : 1)benih 2)peatmoss 3)baja AB 4)racun+baja foliar 5)bil air 6)bil elektrik 7)tali rafia
|